LOVE. LIFE. LOYALTY

LOVE. LIFE. LOYALTY
Bila terfikirkan dia, airmata pasti mengalir.
airmata mengalir sebab memikirkan dia.
kerana dia airmata ini mengalir.
semoga awak bahagia & saya dah bersedia utk lupakan awak sbg kawan baik saya.
lupakan persahabatan kita yg dah nak masuk 4tahun lamenya.
*makin aku banyak menaip ikut perasaan n hati, makin mengalir airmata nie. 
Syukur alhamdulillah, rezeki kerja itu milik saya :)
 30januari2012 ni saya daftar diri, masuk kelas 3bulan, training 2bulan, jumlahnya 5bulan,lepas tu merdeka ^^
kerja seperti biasa, hihi- insyaallah boleh buat sebaik yg mungkin, amin.
"hye,php web& sql :) please be nice again with me!"

semoga esok , rezeki menanti saya, amin.
berharap sangat rezeki esok milik saya, amin.
___________________________________
Satu suntuk hari nie, masa dihabiskan sepenuhnya menguruskan semua urusan dgn pusat latihan e-access tu.
Dah buat yg terbaik, dah cuba sedaya mungkin, dah buat yg termampu, apapun keputusannya esok, amin,
Hati kurang baik, fikiran pun kadang2 melayang ke mana, tak faham betul!
Come on eg, dah 2minggu boleh lupakan dia , letakkan dia kat tepi, jauh2, jangan patah balik mcm sblm nie nak menangis sbb dia dah hilang.please eg, please.
Cuma kadang2 tertanya, dia tak fikir ke kita kat sini? dia tak fikir ke hati kita sayang dia? dia tak fikir ke otak ke  selalu ingatkan dia, tak terfikir ke awak! Saya dah hilang kawan baik saya ke? selamanya? takkan cari saya lagi? saya cuba cari seseorang mcm awak, tapi xsemua orang kita boleh copy mcm org yg kita nak utk disayangi.awak tetap awak.
*xbole jeling bnyk sgt, nnti jatuh hati, heuw!


Bila kita dah berjanji, kita kena tunaikan. Bila kita tak mampu nak tunaikan, jangan berjanji. Tapi bila dah berjanji & tak mampu nak tunaikan, baik kita rendahkan diri dan minta maaf.Jujur saja yang kita tak mampu nak penuhi janji & termungkir janji. Tapi sebenarnya entry saya kali nie, bukan nak ckp org mungkir janji dgn saya, tapi tentang janji saya dgn seseorang . Saya pernah janji yg saya akan dpt kerja dlm awk tahun ni jugak, tapi rezeki tak memihak kpd saya . Bukan tak mencari tapi bila takde rezeki, kita tak boleh buat ape walaupun dah cuba cari kat mana sahaja yg boleh. Alhamdulillah, mungkin rezeki kali ini memihak kpd saya, insyaallah saya akan dihantar 5bulan ke sebuah penempatan utk latihan kerja disana. Insyaallah bila saya sudah berjaya dlm kerjaya saya, saya rasa janji saya pd seseorang itu telah ditunaikan. Walaupun saya tak dapat kongsi kegembiraan saya tntg tawaran bekerja ini dgn dia , jauh dlm hati saya, rasa sedih juga. Tapi nak buat mcm mana, semuanya hilang.
*Teringat org yg suka jeling kita dlm kete! ^^ ahai!


Hari nie , banyak benda yg saya buat luar dr fikiran .
Dan saya terima benda yg luar dari jangkaan.
OK, OK, & OK.
*1st mcm mana aku boleh terima ajakan org yg mmg aku susah nak terima pelawaan dia utk keluar sama2, bukan ramai, tapi berdua , YES, ibarat berdating tapi bukan dating pun. -jangan salah faham. Tangan aku nie ringan sgt menaip "Boleh teman" , bila dah tersend, mcm kaku jap sbb baru pk "Apa aku dah buat nie?" ^^
HAHA.So, dia pun dah dtg, kita keluar mcm biasa . Bila dah keluar dgn dia, "OH, dia ni boleh layan kepala jugak, tak membosankan, maksud disini, tak diam mcm org bisu sbb tak tahu nak bg modal ckp apa. TEHEE- Dia bnyk ckp jugak, tak bosan keluar dgn dia. 1st aku g tasik yg lawa, dgn kawan lelaki, selama nie pergi dgn family je, HAHA! Baru perasaan ini baru pertama kali tapi dia tak caya, AAK! Terima Kasih sebab bawa saya jalan2 ya , hilangkan boring hari ini, terima kasih daun keladi, lain kali bawalah lagi, ehem!
*2nd , aku pun pelik, tiba2 org yg aku anggap abang, kawan biasa , tak pernah contact lebih dr FB, tiba2 luah perasaan kat aku. erk? Aku langsung tak pernah ckp psl hati kat dia, apatah lagi bg harapan & luah perasaan.Tapi takpew, aku boleh jwb balik soalan dia dgn baik.Cuma aku rasa mcm bersalah walaupun aku tak bersalah bila golongan OKU luah perasaan hati kat aku. sedih jugaklah sbb dia tahu aku awal2 tolak.
Minta maaf sangat2 ya.


Masih tercari
Masih tertanya
Masih rindu
Masih sayang
Masih menunggu
Masih mengharap

Satu hari, Satu malam, satu masa, tabiat lama masih lagi ada.

Rambut makin panjang, baru perasan, setelah sekian lama , baru perasan rambut dah panjang, suka sangat! :)
Mungkin rupa paras saya kurang, tapi saya bersyukur dengan seadanya apa yg saya ada sekarang, rambut saya semulajadi, aset kedua yg saya sayang sangat! tak pernah g salon, buat rambut atau colour, tak minat. 
Datang cuma potong rambut jew, tehee ;p


"saya sayang awak sangat2 & saya harap kita kawan sampai bila2"
tapi sampai sekarang awk hilang? kenapa tak ckp sampai waktu berhenti buat saya?
saya ingat semuanya.

*selama ni aku selalu dpt penyakit hati, tapi sekarang aku mmg dpt sakit yg boleh buat mati. TIBI, Tapi boleh baik kalau aku jage makan ubat n cara makan aku. dan aku boleh lawan sambil senyum, insyaallah, amin.
Sabar, tabah, redha & ikhlas.

You dont know how long i've waited for you , i'd rather die, then stay away from you.
Cuma nak explain sikit kat post nie, rasa mcm ada org salah faham plak dgn post yg bwh nie,
FYI, im dedicate my post below for my friend , who i've know him over three years, not 1month ok?
so, terang2 lagi bersuluh bukan untuk yg 1bulan tu, harap maklum.
Bercinta hanya 1bulan, x membawa apa2 penyesalan, jadi buat apa saya nak taip utk itu.
Berkawan lebih 3tahun itu lg penting, dan mmg saya menunggu sampai saya rasa hati saya ni penat utk menunggu. Tapi kalau ada hati yg lain boleh ubah semuanya, saya akan berhenti menunggu, & yang pasti bukan menunggu awak ya. Tiada sebab, takde penyesalan, takde rasa rugi, kalau nak ckp saya tunggu awak. Dan yang pasti, saya bukan mcm perempuan2 lain yg awk boleh tipu dgn sewenang2-wenangnya. saya tujukan utk seseorang  yg duduk kat ibukota, bukan org bandar bersejarah. sekian! 


Rindu saya kat awak, tak pernah hilang
Sayang saya kat awak, tak pernah pudar
Perasaan saya kat awak, tak pernah terpadam 

Tiap hari saya tunggu & tunggu awak,
Tak pernah lupakan awak
Teringatkan awak, mmg sentiasa dlm fikiran saya

Masa makin lama tinggalkan kita
Hari makin lama menjauhkan kita
Saat makin lama membuatkan saya rasa hilang semuanya
semuanya awak, semuanya...

Jujur,ikhlas,saya rindukan awak
awak hilang, senyap
saya tak tahu nak buat apa, 
kalau nak redha dgn ketentuan nie,
saya kena ikhlas, tapi saya tak boleh terima lagi semua ni
sekelip mata saya hilang kawan saya
Takdir ke semua ini?
Pasrah utk redha dgn semua ini dan kena ikhlas utk menerimanya?
Subhanallah aku mencintai dia
Subhanallah aku menyayangi dia sangat
sentiasa dihati ku ini ya Alllah